Thursday, June 18, 2009

Dahulu, Kini dan Esok

Sayang.. kasih mu itu tak terbalas. Aku tak tahu macamana kamu boleh sabar dengan sikap ku ini. Mengapa aku yg kau cari, sedangkan diri ini pernah menyakitimu satu tika dahulu. Dan kini aku kembali mencari kamu, menagih cintamu.. adakah aku layak menerimanya. Mengapa tidak kamu menghukum aku?

Adakah ini yang kau mahu dengar dari mulut ku.. Mungkin bahasa aku tak seindah yg kau impikan, tapi percayalah diri ini tulus dan ikhlas menyatakan segala yang ada di dalam hati.

Jika dahulu, racun yg aku beri, kini akan ku janjikan madu di dalam air minum mu..
( wahh...betapa indahnya kata. cinta tidak perlu penuh dengan kata2 sahaja. Kerana mulut badan binasa. itu yang aku takuti sepanjang hidup aku, kerana mulut tidak tahu apa yg di perkatakan kerana hati tidak menyampaikan perkara yg sebenar.. )

Aku tak faham mengapa remaja zaman sekarang bercinta bagai nak rak.. akhirnye, habuk pun tadak.. Heran aku tgk, cukuplah dengan hati dan perasaan yg tersemat dalam hati itu. Tidak perlu beri segalanya mengikut kemahuan nafsu semata. Kerana percayalah satu hari nanti kamu akan dapat juga jika dia jodoh kamu. Percayalah pada jodoh yg di tentukanNya.

No comments:

Post a Comment

http://meeramahmud.blogspot.com