Wednesday, June 24, 2009

Erti Sebenar

"KAWAN & KEKASIH"
Jika Ben leh jadi Superman,Ben akan terbang laju pergi dekat myra then kiss pipi myra. Jika Ben jd Doraemon, Ben akan tunaikan apa sahaja untuk myra. Jika Ben jadi Hulk, Ben Jaga Myra dengan selamat. Sebab apa Ben cakap macam itu, sebab myra lah kawan Ben dunia akhirat. Myra segalanya, hari-hari kita berjumpa, bergurau dan bermesra. Ben harap hubungan ini akan kekal selamanya. Berkasih dan bermesra tidak salah jika kita di takdirkan begini. Berkawan dan seerti bersahabat selamanya..

your beloved,
Ben


Adakah salah seorang kawan mengungkapkan kata seperti itu?
Apa bezanya kawan dengan kekasih? Adakah anda perasan, fungsi kawan dan kekasih sama sahaja kerana mereka berdua bertutur kata, berkasih, beramah mesra, meluahkan kata, susah senang bersama dan ebagainya. Apa yang membezakan mereka ini adalah kekasih akhirnya di jinjang pelamin tetapi kawan sekadar kawan untuk selamanya.

Kita lihat fungsi KAWAN DAN KEKASIH.
  1. Berjumpa
  2. Makan bersama
  3. Menjaga hati satu sama lain
  4. Bertandang kerumah untuk saling mengenali keluarga
  5. Keluar bersama
  6. Sayang, rindu antara satu sama lain apabila sudah lama tidak berhubung.
  7. Saling mempercayai.
  8. Susah senang bersama.
  9. Bergurau senda.
  10. Berkongsi pendapat, meluahkan kata yang terpendam.
Adakah salah apa yang saya utarakan ini?
Berkawan biar seribu, Bercinta biar satu.



Friday, June 19, 2009

Hari ini

Sudah tengahari..
Aku baru jer balik dr kantin, tlg ibu.. Ibu tander kantin kat SKD. Hari ni bdk2 ade kelas tambahan, 2 yg kene buka. Tapi yg dtg ciput jer.. membazir waktu jer. Tapi alhamdulillah dapat gak ratus ringgit. Dari duduk umh je kan. Rezeki jgn di tolak. Meniaga kat kantin sek. tu mmg boleh wat duit. Bdk sek tu kuat mkn. Bnyk duit.. Asik membeli jer.. Bagus btl... huhuhu...
Dah kat umh ni x tahu nak wat ape. Selain dr kemas umh, tgk tv lyn blog ni.. Nak kuar date pun boyfren jauh. hehehe... Dok umh je lah jaga muka. kalau kuar pun menghabiskan duit je. X penah kuar umh duit x luak. Mst ada je benda nak beli. Nafsu material kuat sgt. huhuhu...
Nak ckp psl duit ni, sampai mati pun x habis. Lagi lah aku yg boros ni.. Tak tahu kemana duit dlm wallet 2. Asik habis jer. Keje nye tak.. Cakap psl kerja, bln lps aku ada kerja kat satu tmpt ni, x yah bagitahu la erk.. Aku kerja lebih kurang 11 hari je, pastu berhenti. Boleh di katakan diberhentikan. hehehehe... bkn sbb aku mls, tapi sbb aku pergi kedai sebelah tanpa pengetahuan. Tapi aku dah minta maaf, bkn selalu aku buat. Itu lah sekali aku kuar x bagitahu. Selama aku kerja, baik je aku ni. Buat kerja je. Time tu je aku sangkut. Aku pun tak phm lah. Supervisor Gem yg jaga time tu, menyampah btl aku ngn dia. Suka2 hati je berhentikan pekerja. Rasa x susai dan x layan dia, dia berhentikan. Herannnn.... Ingt x da kerja lain ke nak buat.
Kadang-kadang manusia ini tidak pernah lari dari buat kesilapan.. Jadi sebagai hamba Allah harus punya hati dan perasaan, Diberi peluang kedua untuk perbaiki diri. Dan sebelum menyalahkan orang lain harus periksa terlebih dahulu sama ada betul atau tidak kesalahan yang di lakukan. Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya yang melakukan kesilapan.

Thursday, June 18, 2009

Dahulu, Kini dan Esok

Sayang.. kasih mu itu tak terbalas. Aku tak tahu macamana kamu boleh sabar dengan sikap ku ini. Mengapa aku yg kau cari, sedangkan diri ini pernah menyakitimu satu tika dahulu. Dan kini aku kembali mencari kamu, menagih cintamu.. adakah aku layak menerimanya. Mengapa tidak kamu menghukum aku?

Adakah ini yang kau mahu dengar dari mulut ku.. Mungkin bahasa aku tak seindah yg kau impikan, tapi percayalah diri ini tulus dan ikhlas menyatakan segala yang ada di dalam hati.

Jika dahulu, racun yg aku beri, kini akan ku janjikan madu di dalam air minum mu..
( wahh...betapa indahnya kata. cinta tidak perlu penuh dengan kata2 sahaja. Kerana mulut badan binasa. itu yang aku takuti sepanjang hidup aku, kerana mulut tidak tahu apa yg di perkatakan kerana hati tidak menyampaikan perkara yg sebenar.. )

Aku tak faham mengapa remaja zaman sekarang bercinta bagai nak rak.. akhirnye, habuk pun tadak.. Heran aku tgk, cukuplah dengan hati dan perasaan yg tersemat dalam hati itu. Tidak perlu beri segalanya mengikut kemahuan nafsu semata. Kerana percayalah satu hari nanti kamu akan dapat juga jika dia jodoh kamu. Percayalah pada jodoh yg di tentukanNya.

TEROWONG



Ini adalah salah satu terowong semasa perang Vietnam dengan Amerika..

Memang menakjubkan dan tak pernah dibayangkan. Meraka boleh hidup di dlam terowong itu selama mana meraka berperang. Kami masuk kedalam, nak cuba merasainya. memang tak tahan..5 minet sahaja kami lalu terowong tu, sukar nak bernafas, panas, gelap dan macam2 rasa.

Dalam terowong itu, mereka berkumpul, berbincang, memasak, dan terdapat klinik utk perubatan. Cuba kamu semua bayangkan, macamana mereka boleh hidup. ishh....Jadi satu kebanggaan di negara mereka.

Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka

aku baru je tahu, kayu kokka ni bnyk hasiat nye..Ia sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Dapat lihat, kayu kokka ni diguna pakai dalam bentuk tasbih. hurmmmm...( satu info baru )
Kayu Kokka menjadi lebih tinggi harga dan nilainya.

ANATARA RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA...
  • Rumah yg memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan plbg jenis makhluk. (hurmmm..btl ke ni?? )
  • Anak menangis tidak dapat tidur; letakkan di bawah bantal atau rendamkan ke dalam air dan beri minum.
  • Sakit gigi; rendamkan ke dalam air suam, kemudian kumurkan dan minum.
  • Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan kebahagian yang sakit.
  • Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam kemudian minum.
  • Termakan santau atau terkena racun, batu karang; rendamkan ke dalam air dan minum.
  • Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insyaAllah terhindar dari binatang buas.
  • Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita; insyaAllah mereka tidak berdaya. ( sangat bagus jika aku ada kayu ini. hehehehe.. )
  • Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama ketika perang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan.

TEman,SAhabat,KAwan

Apakah pengertian ini?
Setiap hari juga aku mencari makna ini. Apakah ertinya..Mengapa tiada teman di sisi, mengapa ada sengketa antara teman, mengapa ada perselingkuhan antara kita dan mengapa ini semua terjadi??
Adakah teman itu sekadar ada pada nama sahaja, tiada makna disebaliknya? Salahkah aku menyatakan bahawa teman adalah segalanya dan teman juga sebagai pelindung.
Disebalik pengertian ini, bnyk bezanya. Teman insan yg menjadi teman sehidup semati. Sahabat yg sentiasa disisi. Susah senang bersama. Kongsi segala masalah dan tidak sama sekali menjatuhkan sahabat sendiri. Walau ape sekalipun. Segala rahsia simpan bersama. Itulah sahabat. Lain pula dengan kawan. Ada dimana-mana. Kemana kita pergi kawan ada. Samada yang lama atau yg baru. Berkawan beribu. Kekiri dia ada, kekanan pun ada. Tetapi bkn utk di kongsi semua masalah hidup mahupun ape. Kerana mereka sekadar kawan, yg hanya tahu adanya kamu. Kalau ckp pasal ni, mmg x habis. Pelbagai pendapat kita akan dpt.

Carilah mereka, jgn tersalah anggap. Cuba memahaminya...

PeNgeRtiaN


"Cinta yg lahir dari hati adalah cinta sebenar. Cinta yg tulus dan ikhlas adalah cinta yg sejati. Cinta yg hadir tanpa memaksa adalah cinta yg hakiki."


jgn Di pAKSA CINTA ini..
mencari sesuatu yg kekal abadi amat berat sekali. mencari yg hakiki begitu sukar. mengapa salahkan Dia sedangkan diri tidak mengerti. Wahai insan yg bergelar manusia dimuka bumi ini.. sedar dan carilah si dia yang sejati. Jgn lihat cinta manusia lain, lihatlah cinta sendiri dan perbaiki diri itu yg penting.

SATU PENCARIAN MEMERLUKAN BANYAK WAKTU. jadi sabarlah mencari dan ingatlah bahawa Dia sentiasa ada di sisi..

About Me...


Hello dear Friends...

  • I’m Nur Ameera Bt Mahmud
  • Age for this year is 20 years.(old already..hehehe..)
  • I want be alone and want to meet somebody whose can help me to grew up my life in the future one day..
  • I’m happy with my life right now..so nobody can change my life style..
  • People who didn’t now about me can judged me anything. it’s ur own bussiness. But the point is, this is ME. ( huhuhu…)
  • Family first.. then my boyfriend. Who I love very much from last day, today and everyday. That he should now..
  • I love chocolate, design anything that will make interesting and I love music.
THAT’S ALL FOR U TO NOW ABOUT ME..
meeramahmud

http://meeramahmud.blogspot.com