Wednesday, June 24, 2009

Erti Sebenar

"KAWAN & KEKASIH"
Jika Ben leh jadi Superman,Ben akan terbang laju pergi dekat myra then kiss pipi myra. Jika Ben jd Doraemon, Ben akan tunaikan apa sahaja untuk myra. Jika Ben jadi Hulk, Ben Jaga Myra dengan selamat. Sebab apa Ben cakap macam itu, sebab myra lah kawan Ben dunia akhirat. Myra segalanya, hari-hari kita berjumpa, bergurau dan bermesra. Ben harap hubungan ini akan kekal selamanya. Berkasih dan bermesra tidak salah jika kita di takdirkan begini. Berkawan dan seerti bersahabat selamanya..

your beloved,
Ben


Adakah salah seorang kawan mengungkapkan kata seperti itu?
Apa bezanya kawan dengan kekasih? Adakah anda perasan, fungsi kawan dan kekasih sama sahaja kerana mereka berdua bertutur kata, berkasih, beramah mesra, meluahkan kata, susah senang bersama dan ebagainya. Apa yang membezakan mereka ini adalah kekasih akhirnya di jinjang pelamin tetapi kawan sekadar kawan untuk selamanya.

Kita lihat fungsi KAWAN DAN KEKASIH.
  1. Berjumpa
  2. Makan bersama
  3. Menjaga hati satu sama lain
  4. Bertandang kerumah untuk saling mengenali keluarga
  5. Keluar bersama
  6. Sayang, rindu antara satu sama lain apabila sudah lama tidak berhubung.
  7. Saling mempercayai.
  8. Susah senang bersama.
  9. Bergurau senda.
  10. Berkongsi pendapat, meluahkan kata yang terpendam.
Adakah salah apa yang saya utarakan ini?
Berkawan biar seribu, Bercinta biar satu.



No comments:

Post a Comment

http://meeramahmud.blogspot.com