Friday, June 11, 2010

Dulu dan Kini

Dulu.

Bila bce balik semua post aku, kelakar. komen utk dri sndr. segala yg aku ckp semua yg berkaitan dgn ape yg aku sedang lakukan. MMG kelakar + bodoh juga. Konon nk nasihat org, tp sndr pun cm ni. hurmm..tu lah, kene balik btng hidung bru sedar bhw diri tu lg CHILDISH! Aku lg x fhm knape aku komen mcm tu? :D nak ckp tentang profesional, x profesional langsung. menuding jari pd org. Jari telunjuk yg di tuding 4 jari yg lain ke arah kita juga. Banyak tuduhan kene pd diri sendiri juga. Kamu juga akan setuju dengan saya kan? =) Dulu, tahap itu sahaja pemikiran aku. Bila nak marah, aku akan lepaskan semua. Mula menuduh orang membabi buta, Tetapi hanya bercakap sendiri. Bukan terus serang. That's I mean. =) Dan juga mengeluarkan kata-kata yg x sepatutnya. Itu bukan sifat seorang yang profesional. Aku sudah mula perasan itu.

Kini.

Bukan semua aku sedar. Ada yang masih dalam kawalan dan masih lg belajar untuk menjadi seseorang. Ini kerana umur aku sudah semakin meningkat. Tidak mahu di tikok yang lama. Aku ingin menjadi seorang dewasa yang matang dan tahu berfikir. Bukan sperti dahulu hanya tahu satu perkara dan buat satu perkara sahaja. Aku mahu mewarnai kehidupan ini dengan pelbagai corak dan bentuk. Baru sedikit sahaja pengalaman yang aku lalui. Aku sedar yang aku hidup dengan pengalaman. Aku menjadi sedar apabila aku lalui pengalaman. Baru aku tahu siapa aku. Dulu ada seorang kawan yang sedarkan diri ini. Bahawa aku ini terlalu lurus dan bodoh. Fikiran yang sempit. Tidak pernah menjadi seseorang yang berguna. Bila difikirkan dan renung semula apa yang dikatakan kawan itu, benar. Aku harus berubah. Dan kini sedikit demi sedikit aku berubah. InsyaALLAH ianya betul. Dan Aku masih lagi tidak pernah rasa susah. Disebabkan itu aku tidak menerima kalau sesuatu kepayahan itu berlaku pada diri aku. Yang lepas biarkan lepas. Tetapi masih lagi pegang dengan prinsip hidup.

No comments:

Post a Comment

http://meeramahmud.blogspot.com