Monday, June 7, 2010

Seronok sorang-sorang, tp Sunyi bila sorang-sorang.

Kalau tanya sekarang, aku lg suka sorg2.. aku bebas buat semua perkara. x dE komitmen, x yah fikir hari esk cm ne nak jaga hati die, mcmana nk lyn dia. Samada lyn manja, hepi2, merajuk or whatsoever lah yg berkaitan dgn hubungan antr dua pihak atau lebih. Bila sorg2, kita hanye perlu jaga diri, sedar diri dan nilai diri. Itu bagusnye. Kadang kita perlukan masa utk diri sendiri. Org akan kata aku sombong, belagak, x de hati perut dan sebagainya. Ya, mungkin itu disebalik maknanya, tp bila lebih mengenali akan tahu semuanya. Cuma, sudah masa utk bersendiri. Mungkin btl, pengalaman lepas membuatkan kita sedar sesuatu yg mungkin org kata "yg sudah tu sudah lah. Biarkan aje. " ya, btl.. yg sudah mmg sudah. Tp kenapa adanya yg sudah tu? Apa yg aku sedar, yg sudah tu mengajar aku erti hidup. Bagaimana berkawan, bagaimana menjaga hati, bagaimana menjadi seseorang. Mungkin cara aku tidak sama dengan kamu.

Tapi... sunyi juga bila aku sendiri. Bila sendirian, aku mula memikirkan sesuatu yg melemahmkan semangat. Kenapa org x nk lyn aku? kenapa org hindari aku? kenapa dan kenapa yg bnyk lg.. Aku terlalu pegang pd rahsia peribadi. Ada yg boleh aku bentangkan, aku akan utarakan. Disebabkan itu lah, org salah tafsir.. Dan kerana itu lah aku terasa sunyi kenapa org x memahami aku. hmmm..aku sunyi kerana aku yg membiarkan diri ni sunyi. Aku tidak membenarkan org mengenali lebih dalam lg. Aku mungkin ego. Aku jd tambah sedih lg bila lihat org lain bergembira di luar sne. Hubungan yg akrab. Kenapa sukar utk jmpe itu? Aku x slhkan takdir. Aku sedar kenapa aku begini. Atas sebab watak dan perwatakan aku..

No comments:

Post a Comment

http://meeramahmud.blogspot.com